ELLOW

ELLOW
ellow
ellow

05 September 2011

Kongsi

Hehehe~
Tajuk di atas bukanlah tentang cerita itu.
Ok, apa-apa pun,
apa yang saya nak cakap ialah
sesuatu perkara yang saya nak kongsi.
Lagi sekali,
kongsi.

Okey, nikmatilah~

Sahabat yang Perlu Dijauhi
1- Mementingkan diri sendiri:
Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.

2- Pengampu:
Setiap perkara yang kita lakukan dia akan setuju, tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.

3- Pemboros dan suka hiburan:
Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berlibur, berkeliaran dan "melepak" pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.

4- Membuat kita semakin jauh daripada Allah:
Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran. Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5- Suka berbantah-bantah:
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.

Ok, saya tak cakap lagi,
100% diambil daripada Solusi 35

Kesimpulan yang mampu saya katakan,
kalau anda terasa seperti sikap anda ada dalam kelima-lima nombor ini, sama ada antara, semua, mahupun sedikit, maka ubahlah sikap anda kepada yang berlawanan di atas, sedikit demi sedikit, mahupun menyeluruh. Kalau anda rasa ragu-ragu, hilangkan ragu-ragu anda dengan bertanya kepastian kepada kawan anda, atau patutnya, sahabat anda. Kalau anda rasa seperti sahabat anda sedang menyimpan sesuatu, mungkin sekali berkenaan anda yang berada di atas. Dan... sebagainya.

Nak promote,
kalau nak tau lebih lanjut tentang perkara seperti di atas, silalah beli majalah Solusi #35, atau kalau dah terlepas, belilah yang isu lain.

Akhir kata daripada saya,
Sahabat itu Ibarat Cermin,
saling membetulkan sesama sendiri.
You tahu, right?

0 bela diri: